Saturday, October 27, 2012

mencintainya

 

salah sekiranya aku menegur?
adakah aku jahat sekiranya niat di hati hanya ingin menasihati?




salahkah saya sebagai seorang manusia menasihati..awak, saya cuma ingin menasihati, x pernah terlintas nak menunjuk yang saya ni baik, sempurna dari segi agama..saya tahu saya byk kelemahan dan banyak kesilapan, tapi x salah kan sebagai orang yang rapat dengan awak, saya menegur awak...

awak...dalam dua tiga hari ni, saya taw, awak stress dgn kerja-kerja awak..saya sentiasa ada dgn awak...walaupun dari jauh, saya sentiasa akan temani awak...saya sggup dimarahi...saya sggup mendengar apa-apa sahaja yg awak x puas hati..asalkan awak hati awak tenang...saya taw, bukan senang nk wat kerja-kerja awak..saya akan bersabar demi awak...sbb saya sayangkan awak.

tapi....

awak...saya sedih sangat...saya x tahu mana silap saya, sampai awak terus block saya hari ni..sedih sgt hati ni awak, pedih sgt...betol ke kesalahan saya terlalu besar?? awak...saya terus teringtkn awak pas saya terjaga dan pening saya berkurang dgn harapan ingin memohon maaf, kalo saya salah dlm menegur awak...
saya cuba on9 dgn harapan, awak on9...tapi saya tergamam...awak dah xda dlm list friend saya? saya tercari-cari mana nama awak...rupa-rupanya awak dah block saya..saya btol2 x sangka hnya kerana saya tegur awak, awak sggup buat cm ni..

awak...awak taw x, dari dulu kita kenal...saya sentiasa tanam dalam hati ni, walaupun susah senang...saya akan sentiasa ada dgn awak, berada di samping awak..akan sokong awak walau macam mana pun.
walaupun awak sering lupakan hal-hal pnting kita, saya sabar sebab saya taw...asalkan awak ingat saya cukup la...saya sentiasa cuba mematangkan diri, cuba menjadi macam yang awak nak...

adakah bagi awak, saya ni murah sgt?sebab sentiasa terhegeh-hegehkan awak...maafkan saya awak..

Sunday, September 30, 2012

rindu!!!

Bila terasa rindu, apa yang dibuat semuanya tak kena. Semuanya tidak menjadi. Betul tak? Kalau dah rindu kita akan asyik terbayang-bayangkan si dia. Masa makan kita akan teringatkan dia disamping kita. Waktu tidur pun kita akan terbayangkan akan si dia. Lebih-lebih lagi jika si dia adalah insan yang paling kita sayangi...sebab 2 la...kadang-kadang akan jadi pertelingkahan, pergaduhan antara satu sama lain...sama-sama rindu, tapi x tahu cara nak luahkan...

awak...walaupun masing-masing sibuk, saya harap awak x pernah lupakan saya...
awak..awak tahu kan saya ni macam mana?perangai macam mana...walaupun saya nak ubah pun, bukan boleh sepenuhnya, sebab saya ni hanya insan biasa...banyak kekurangan dalam diri ni. Saya harap awak boleh terima macam mana saya sekarang, bukan suruh saya berubah mengikut kehendak awak...macam mana saya boleh terima kekurangan awak, saya harap macam 2 jugak awak boleh terima kekurangan saya ni.

Saya harap, walaupun kita jauh, tapi hati sentiasa dekat...saya pegang kata-kata mak saya taw..mak kata, kalau jumpa selalu nanti lagi la bosan...mula-mula memang la syok, pas2 dah xtaw nk watpe...baik kita macam ni kan awak, jauh..tapi hati sentiasa dekat...

Thursday, July 5, 2012

Permohonan KAd Diskaun Siswa 1 Malaysia


Hari ni ayin nak kongsi sikit mengenai Kad DIskaun Siswa 1 Malaysia.Korang dah dengar berita ni ke belum? Actually, ayin taw pun daripada si DIA la. Kalo tak, rasanya tak tahu jugak ni.hehe..Mana tak nye, praktikal 6 bulan, sampai ayin tak ambil tahu sangat apa yang berlaku kat poli..haiyaa bertuah punya budak
Ok, jom ayin nak kongsi dengan korang-korang semua bagi yang tak tahu lagi cara untuk mendapatkan kad diskaun siswa ni.

Apa kegunaan yang boleh kita dapat daripada KDS1M ni?

 Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih seperti buku dan alat tulis, kelengkapan sukan / peralatan / pakaian, klinik kesihatan / optometri / cermin mata, makanan / minuman, penginapan, salun / pusat / produk kecantikan, produk IT dan lain-lain; tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.


Cara Memohon Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia
 Pelajar tidak perlu membuat permohonan. KDS1M akan disalurkan secara automatik kepada pelajar melalui pihak pentadbiran IPT masing-masing setelah kementerian / Agensi / IPT mengemukakan maklumat pelajar yang lengkap kepada Bank Rakyat bagi membolehkan pelajar mendapat KDS1M. (Nama, No. KP, No. Matrik, Jantina, Nama IPT, Peringkat Pengajian, Tempoh Pengajian, Tahun Pengajian Semasa, Tahun Tamat Pengajian, Alamat Rumah, Emel dan No. Telefon Bimbit).

 Pelajar dengan jangka masa pengajian satu tahun dan ke atas layak memohon dan akan diberikan secara percuma.



Sunday, July 1, 2012

Dessert yang Comel

Kalo kita tengok sekarang ni, banyak sangat dessert yang comel-comel + cantik di jual kan??bermacam-macam jenis pula 2..haiyaaa lagi bertambah bam-bam la ayin nanti ek..huhu 


Bila nampak dessert yang kiut miut ni, mesti hati ayin membuak-buak nak cuba menikmati..tapi...pas beli je...mesti rasa sayang je nak makan..aiyaaa masalah betul ayin ni kn..dh abiskan duit beli dessert 2, tapi sayang nk makan..

apa-apa pun jom kita layan, dessert-desert yang comel-comel belaka ni, pandai orang yang buat dessert ni semua kn?kreatif la katakan..nanti kalau ayin kawin, ayin nak tempah jugak la dessert yang macam ni..pergghh cakap serupa nak kawin dh...hahaha merancang dari sekarang x salah kan awak? ^_^





Very cute dessert-themed vessels for featuring and serving frozen sweets.
I have some accessories similar to these at home and would love to collect more. They’re bowls for serving ice cream.
Once in awhile, I’ll see delightful sets like these in places like Kohls, random supermarkets (during the summer season), and Target.


Saturday, June 9, 2012

Rahsia tidur anda

Jom mengenali rahsia keperibadian korang melalui gaya tidur korang semua..korang x percaya? Jom kita selidik tengok..^_^





  GAYA TIDUR MERENGKOK
    - Korang dikategorikan sebagai seorang yang sensitif dan pemalu. Korang hanya akan menumpukan kepada sesuatu perkara sekiranya korang yakin 100% dengannya. Selain itu, korang suka mencari ketenangan
  
  GAYA TERLUNGKUP
    - Korang dikategorikan sebagai seorang yang cergas, teliti dan rajin bangun pagi. Korang tidak sukakan sesuatu yang datang secara tiba-tiba kerana bagi korang setiap sesuatu harus dirancang dengan teliti 

  GAYA TERLENTANG
    -Korang dikategorikan sebagai seorang yang berkeyakinan terhadap diri dan suka menjadi tumpuan. Korang juga minat dalam bidang pekerjaan yang bersikap kreatif

 GAYA SEPARUH MERENGKOK
    - Korang dikategorikan sebagai seorang yang suka mencari peluang baru dan mudah menerima orang. korang juga mudah berurusan dengan sesiapa sahaja dan korang mempunyai fikiran yang sangat terbuka


  GAYA PENUNGGANG
    - Korang dikategorikan sebagai seorang sukakan eksperimen dalam hidup. Namun begitu, korang sukar untuk meluahkan hal hati dan perasaan. Namun korang amat mudah mendapat sesuatu kejayaan. 


walau apa pun, mulakan tidur korang dengan membaca bismillah taw...
nnti mengigau sape jugak yg susah..
jumpa di entry seterusnya nanti..bubye..^_^


Friday, June 8, 2012

aiyaaa...pening LOL

aiyaaa...pening2.. Gara-gara handphone kesayangan aku sudah rosak, akhirnya telah memaksa aku untuk mengantikan arwah handphone ku itu.."wahai my kring2..time ni la kamu nk rosak pun, mcm taw je ayin dah dapat duit keja part time kan???memang suka membuatkan duit poket ayin kosong kan.cehhh...ooppss chop2..sudah2 mengarutnya..hehe..

Tanpa membuang masa korang yang baik hati ni baca entry ayin,straight to the point la ceritanya...
kes nye xdak la besar mana pun, saja ayin nk wat gempak je..hehe sori nah...untuk makluman korang, ayin sebenarnya sudah konpius nak beli yang mana satu handphone mengantikan arwah handphone kesayangan ayin dulu tu...

Dua-dua ayin minat tapi...maklum la...hanya mampu beli salah satu sahaja..sobs sobs.. :'(
So, ayin nak minta la pendapat korang, korang rasa yang mana satu lebih best??eh2 silap2, yang mana lebih terbaikk punya??

jom tengok handphone yang ayin minat
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taraaaa.....handphone-handphone ni la yang ayin minat...^_^



     samsung galaxy ace                                 samsung galaxy mini 2                   VS          




Ayin x minat sangat la dgn Ipad or blackberry..huhu bkn x minat..tapi duit yang ada hanya mampu beli antara yang atas ni je..hehe..korang rasa yang mana lagi ok antara dua-dua ni?? 











Saturday, June 2, 2012

KENALI SIKAP MELALUI HURUF PERTAMA NAMA



A
 Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B
 Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakandirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia danpenyabar, yang menjadikannya amat disenangidalam pergaulan.Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.


C
 Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalanganrakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.


D
 Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuatbekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapaicita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.


E
 Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.


F
 Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


G
 Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.



H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaanorang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.


I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.


J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.Kelemahannya, tidak menepati masa.


M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.Kelemahannya, boros dan keras kepala.


N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.


P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif.Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agakpendendam dan boros.


Q
 Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.


R
 Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


S
 Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukarmenahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


T
 Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.


U
 Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain.Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V
 Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu,mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W
 Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yangtinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinyaboleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.


X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.



p/s : so...korang punya  nama mula dari huruf apa pulak??jom la share sama2..^_^ 

Friday, May 4, 2012

Prinsip 4K

waaa....Dah lama rasanya fara x bukak blog fara nie....aiyaaa gara2 praktikal la ni, huhu praktikal mmg sesuatu yg memenatkan..byk dugaan dan cabaran yg kena tempuh rupanya...huh nasib la... :(


ok2...ari ni fara x nk bercerita or melalut sal praktikal aku..huhu ari ni aku nk bercerita mengenai prinsip 4K dalam percintaan..jeng jeng jeng...huhu prinsip-prinsip ni la yg fara cuba gunakan dalam hubungan fara skrg ni.. alhamdulillah, smkin matang sikit ye daripada sebelum-sebelum ni, ooppss..hehe. so, hope dgn prinsip-prinsip ni akan dapat membantu korang jugak k.





Kesetiaan

kita mulakan dgn prinsip K yg pertama iaitu setia... korang boleh bayangkan x kalo korang kapel tapi x setia antara satu sama lain, apa yg akan jadi? mesti sama-sama x akan dpt nikmatnya kn..so sememangnya dalam percintaan kita memerlukan kesetiaan..betul x?


Kejujuran

K yg kedua ialah kejujuran, yang ni merupakan antara elemen yg penting dalam perhubungan sbbnya walaupun korang kapel bertahun-tahun pun, tapi x penah jujur antara satu sama lain pun apa gunanya..Yup, mmg sesetengah perkara kita perlu simpan rahsia kita sendiri, tapi sekiranya perkara itu melibatkan antara dua pihak...seeloknya jujur la dgn pasangan kita, xpyah nk sorok-sorok..mesti pasangan kita akan faham..


Keikhlasan

Ikhlas...yup ikhlas...kadang2 kalo kita hulurkan bantuan or apa2, mesti kita nk balasannya kn? tapi apa salahnya, kalo kita ikhlas saja dalam menghulurkan bantuan kepada orang yg kita sayang?x salah kn?
bantuan yg kita hulurkan pun akan jadi lebih bermakna taw..


Kepercayaan

Lastly, K yg terakhir ialah kepercayaan..bagi diri fara, elemen ini la yg fara sentiasa cuba terapkan dalam hubungan fara.nak tahu kenapa kepercayaan amat penting dalam sesuatu perhubungan?? Sebabnya, kalo kita x percaya dgn pasangan kita, mesti dlm hati kita sentiasa ingin tahu apa yg pasangan lakukan, apa yg dia wat...kalo dia x angkat kol, mesti kita akan ingat bukan2, tol x???
~~huhu, kadang2 fara pun macam 2 sebenarnya, so fara cuba dan akan sentiasa utk sentiasa mempercayai dia, sbb bagi fara dan En. Hati, percintaan jarak jauh mmg memerlukan kepercayaan yg tinggi terhadap satu sama lain..so, walaupun jauh, percintaan kami akan sentiasa kekal berbekalkan kepercayaan antara kami berdua..~~ 


so, fara harap prinsip 4K ni boleh diterima pakai dalam perhubungan korang semua jugak..aminnn