Monday, August 26, 2013

muak dengan penipuan

Adakah aku sememangnya tak layan diberi kebahagiaan di dunia ni? Kenapa aku sering di perkotak-katikkan. Adakah aku terlalu lurus, sampai semua orang hanya nak mempermainkan diri aku ni? Wahai awak, saya betul-betul muak dengan segala tipu muslihat awak. Selepas ditinggalkan. Aku cuba untuk bangun kembali, bukan mudah nak hilangkan perasaan ni, 2 tahun kita menyemai perasaan oppsss bukan 'kita' tapi aku sorang sahaja. Aku yang cuba mempertahankan semuanya. Lebih bagus berterus terang sahaja daripada dulu, kau mempunyai orang lain, aku tak perlu korbankan diri aku ni, hati aku untuk menahan segala yang diluahkan oleh kau. Sekarang, aku dah tahu segalanya, kau tak pernah meletakkan diriku di carta teratas dalam hati kau, hanya aku yang bodoh dan baru sedarinya. Aku betul-betul hilang semangat kembali. Sebelum ni, aku percaya 110% pada kau, aku tak sangka kau buat sampai mamcam ni kepada aku. Apa salah akau? Tergamak kau!!! Bila kau minta peluang kedua, aku terima dengan hati terbuka, tapi rupa-rupanya aku hanya alat untuk hilangkan kebosanan kau, DI BELAKANGKU, RUPANYA KAU DAH ADA AWEK YANG CUKUP SERBA SERBI, KENAPA STILL CARI AKU. KENAPA KAU TAK SURUH AWEK KAU BUAT MACAM AKU BUAT!!! TAKUT??? Entah la, apa salah aku selama ini. Aku cuba penuhi segalanya, tpi ini yang aku dapat. Subhanallah beratnya ujian aku ni.