Friday, May 4, 2012

Prinsip 4K

waaa....Dah lama rasanya fara x bukak blog fara nie....aiyaaa gara2 praktikal la ni, huhu praktikal mmg sesuatu yg memenatkan..byk dugaan dan cabaran yg kena tempuh rupanya...huh nasib la... :(


ok2...ari ni fara x nk bercerita or melalut sal praktikal aku..huhu ari ni aku nk bercerita mengenai prinsip 4K dalam percintaan..jeng jeng jeng...huhu prinsip-prinsip ni la yg fara cuba gunakan dalam hubungan fara skrg ni.. alhamdulillah, smkin matang sikit ye daripada sebelum-sebelum ni, ooppss..hehe. so, hope dgn prinsip-prinsip ni akan dapat membantu korang jugak k.





Kesetiaan

kita mulakan dgn prinsip K yg pertama iaitu setia... korang boleh bayangkan x kalo korang kapel tapi x setia antara satu sama lain, apa yg akan jadi? mesti sama-sama x akan dpt nikmatnya kn..so sememangnya dalam percintaan kita memerlukan kesetiaan..betul x?


Kejujuran

K yg kedua ialah kejujuran, yang ni merupakan antara elemen yg penting dalam perhubungan sbbnya walaupun korang kapel bertahun-tahun pun, tapi x penah jujur antara satu sama lain pun apa gunanya..Yup, mmg sesetengah perkara kita perlu simpan rahsia kita sendiri, tapi sekiranya perkara itu melibatkan antara dua pihak...seeloknya jujur la dgn pasangan kita, xpyah nk sorok-sorok..mesti pasangan kita akan faham..


Keikhlasan

Ikhlas...yup ikhlas...kadang2 kalo kita hulurkan bantuan or apa2, mesti kita nk balasannya kn? tapi apa salahnya, kalo kita ikhlas saja dalam menghulurkan bantuan kepada orang yg kita sayang?x salah kn?
bantuan yg kita hulurkan pun akan jadi lebih bermakna taw..


Kepercayaan

Lastly, K yg terakhir ialah kepercayaan..bagi diri fara, elemen ini la yg fara sentiasa cuba terapkan dalam hubungan fara.nak tahu kenapa kepercayaan amat penting dalam sesuatu perhubungan?? Sebabnya, kalo kita x percaya dgn pasangan kita, mesti dlm hati kita sentiasa ingin tahu apa yg pasangan lakukan, apa yg dia wat...kalo dia x angkat kol, mesti kita akan ingat bukan2, tol x???
~~huhu, kadang2 fara pun macam 2 sebenarnya, so fara cuba dan akan sentiasa utk sentiasa mempercayai dia, sbb bagi fara dan En. Hati, percintaan jarak jauh mmg memerlukan kepercayaan yg tinggi terhadap satu sama lain..so, walaupun jauh, percintaan kami akan sentiasa kekal berbekalkan kepercayaan antara kami berdua..~~ 


so, fara harap prinsip 4K ni boleh diterima pakai dalam perhubungan korang semua jugak..aminnn