Jom mengenali rahsia keperibadian korang melalui gaya tidur korang semua..korang x percaya? Jom kita selidik tengok..^_^
♥ GAYA TIDUR MERENGKOK
- Korang dikategorikan sebagai seorang yang sensitif dan pemalu. Korang hanya akan menumpukan kepada sesuatu perkara sekiranya korang yakin 100% dengannya. Selain itu, korang suka mencari ketenangan
♥ GAYA TERLUNGKUP
- Korang dikategorikan sebagai seorang yang cergas, teliti dan rajin bangun pagi. Korang tidak sukakan sesuatu yang datang secara tiba-tiba kerana bagi korang setiap sesuatu harus dirancang dengan teliti
♥ GAYA TERLENTANG
-Korang dikategorikan sebagai seorang yang berkeyakinan terhadap diri dan suka menjadi tumpuan. Korang juga minat dalam bidang pekerjaan yang bersikap kreatif
♥GAYA SEPARUH MERENGKOK
- Korang dikategorikan sebagai seorang yang suka mencari peluang baru dan mudah menerima orang. korang juga mudah berurusan dengan sesiapa sahaja dan korang mempunyai fikiran yang sangat terbuka
♥ GAYA PENUNGGANG
- Korang dikategorikan sebagai seorang sukakan eksperimen dalam hidup. Namun begitu, korang sukar untuk meluahkan hal hati dan perasaan. Namun korang amat mudah mendapat sesuatu kejayaan.
walau apa pun, mulakan tidur korang dengan membaca bismillah taw...
nnti mengigau sape jugak yg susah..
jumpa di entry seterusnya nanti..bubye..^_^