Saturday, November 2, 2013

21 Years Old

Alhamdulillah, 2 november 2013 genap la umur Miss Ayin 21 tahun. Terima kasih yang tak terhingga kepada family, kawan-kawan sebab masih ingat hari jadi Ayin.

Kali ini, tiada sambutan yang meriah, tapi tak mengapa, Miss Ayin redha sahaja sebab Ayin dah jangkakan semua ini, huhu dah besar takde sape nak bagi hadiah lagi haa...huhu apa pun thank you kepada family tercinta, sebab sebolehnya cuba membuatkan Ayin happy disaat ini.

My wishes always the same every year, I hope my family will always happy, cheerful and healthy. Terima kasih Ya Allah, masih memberi kesempatan untuk Ayin bernyawa ketika ini. Amin...


p/s : nak Kamera Poweshot SX500 IS boleh tak, murah je, hehe??

Friday, October 11, 2013

Chrissy Costanza

Malam ni, bosannye Ayin rasa!!!erghhhh, tak taw la pulak nak buat apa, aduyaiiii....
Buka la youtube,saja nak dengar lagu "Heart Attack"...Lagu favourite ye....Tapi ayin tak minat pulak penyanyi asalnya...Ayin minat penyanyi yang buat cover song untuk lagu ni, iaitu Sam Tsui dan Chrissy Costanza...Perghhh memang ulang banyak kali pun tak jemu, suara diorang memang power sangat bila nyanyi lagu ni tambah-tambah Chrissy Costanza. Ayin suka dengar suara dia taw..




Chrissy Costanza   

Comel kan dia ni, ish Ayin yang perempuan ni pun minat kat dia, suara dah la best, muda-muda dah berbakat besar, pastu cantik + comel pulak tu... Kalau lelaki yang tengok, sure terbeliak biji mata ni, huhu...Hmmm, best kan mempunyai pakej yang lengkap, seronok je rasa kalau kita ni ada pakej yang lengkap kan? Apa pun jom kita layan trivia mengenai Chrissy Costanza ni dan juga cover song yang Ayin kata best sangat-sangat tu...hehe...:D


Name: Christina Nicola Costanza
Goes By: Chrissy
Nicknames: Krispy, Stina, Tiny
Age: 17
Band: Against the Current
Favorite color: red (but I also like purple and blue and pink!)
Relationship status: lol. (Single )
Orientation: Straight
Birthday: August 23
Height: 5 foot 1 inch (1,55 Meter)

Monday, October 7, 2013

Nikon Coolpix L320



Waaa, terpaut pulak tengok kamera ni, wiwiwiwiwi....Korang semua maklum, jenama nikon memang terkenal dengan ketajaman gambarannya, walaupun kamera ini tak semegah kamera dslr yang lain kerana terdapat kelemahannya tersendiri dari segi bateri dan juga beberapa faktor yang lain tetapi rasanya berbaloi bagi pengemar kamera sebabnya harga yang ditawarkan teramat la murah. Cewahhhh, huhu.

Sebenarnya Ayin memang berniat nak beli tapi........
Kena tunggu gaji dulu la, hehe....
Apa-apa pun, jom kita layankan dulu gambar dan spesifikasi kamera ni....


P/S : Korang rasa ok tak kamera ni?? 


Nikon CoolPix L320 Digital Camera 
 Product Highlights
  • 16 Megapixel CCD sensor
  • 26x Optical Zoom
  • 3 inch LCD Display
  • 720p HD video recording
  • EXPEED C2 processor
  • Anti-blur technology
  • High performance lens shift VR
  • Easy auto mode with Scene auto selector
  • Smart portrait system
  • Pet portrait mode 

What is in the box

  • Nikon CoolPix L320
  • AA-size Alkaline Batteries
  • Lens Cap
  • Strap
  • USB Cable
  • CD-ROM
  • User Manual

Monday, September 30, 2013

Kerja Kerja dan Kerja

Fuhhhhh.........akhirnya setelah sekian lama, boleh juga rehat untuk sementara waktu,...penattttt rupanya kerja. erghhhhh!!! Bekerja di Skynet walaupun lihat daripada luaran best tetapi sebagai staf di bahagian Customer Service korang sebenarnya perlu menjadi seorang yang cekal, tahan caci dan makian kalau nak bertahan lama kerja jat situ. Bagi Ayin, ayin tak boleh komen banyak-banyak sangat sebab Ayin pun baru sebulan bekerja kat situ. Yup, tak dinafikan gaji memang terbaikkk tapi kalo dibandingkan dengan kerja sehariannya memang teramat la nak menangis...huhu sabar je la yang Ayin boleh katakan. 

Ok, mesti korang nak tahu kan macam mana Ayin boleh dapat kerja kat situ..huhu sebenarnya semua adalah kebetulan dan rezeki. Masa pergi isi borang lepas tengok banner jawatan kosong yang diorang gantung terus ayin pergi isi borang. Kebetulan yang jaga bahagian kaunter rupanya orang HQ dari Kuala Lumpur turun Sungai Petani sebab branch sini tak cukup orang, terus tanpa prepare apa-apa ayin di interview oleh orang HQ. ALhamdulillah, terus HQ rekomenkan kepada bos dan akhirnya terus ayin dapat, padahal ayin dengar cerita terlalu banyak orang yang isi borang untuk jawatan ni sampai dah berbulan pun belum dipanggil interview. Huhu, ayin dengan sekali interview dengan orang HQ terus dapat dalam masa 2 hari.Aminn...

Sebenarnya, Ayin ada niat nak berhenti, tapi tunggu la dulu...huhu kalau dapat kerja dengan kerajaan mmg Ayin akan berhenti, tapi kalau tak dapat, Ayin akan terus kerja kat sini sampai Ayin dapat sambung ijazah awal tahun hadapan.

So sekarang, AYin kena tawakal banyak-banyak dan sabar melayan kerenah customer. Doakan Ayin ye kawan-kawan.

Monday, August 26, 2013

muak dengan penipuan

Adakah aku sememangnya tak layan diberi kebahagiaan di dunia ni? Kenapa aku sering di perkotak-katikkan. Adakah aku terlalu lurus, sampai semua orang hanya nak mempermainkan diri aku ni? Wahai awak, saya betul-betul muak dengan segala tipu muslihat awak. Selepas ditinggalkan. Aku cuba untuk bangun kembali, bukan mudah nak hilangkan perasaan ni, 2 tahun kita menyemai perasaan oppsss bukan 'kita' tapi aku sorang sahaja. Aku yang cuba mempertahankan semuanya. Lebih bagus berterus terang sahaja daripada dulu, kau mempunyai orang lain, aku tak perlu korbankan diri aku ni, hati aku untuk menahan segala yang diluahkan oleh kau. Sekarang, aku dah tahu segalanya, kau tak pernah meletakkan diriku di carta teratas dalam hati kau, hanya aku yang bodoh dan baru sedarinya. Aku betul-betul hilang semangat kembali. Sebelum ni, aku percaya 110% pada kau, aku tak sangka kau buat sampai mamcam ni kepada aku. Apa salah akau? Tergamak kau!!! Bila kau minta peluang kedua, aku terima dengan hati terbuka, tapi rupa-rupanya aku hanya alat untuk hilangkan kebosanan kau, DI BELAKANGKU, RUPANYA KAU DAH ADA AWEK YANG CUKUP SERBA SERBI, KENAPA STILL CARI AKU. KENAPA KAU TAK SURUH AWEK KAU BUAT MACAM AKU BUAT!!! TAKUT??? Entah la, apa salah aku selama ini. Aku cuba penuhi segalanya, tpi ini yang aku dapat. Subhanallah beratnya ujian aku ni.

Tuesday, July 2, 2013

Bersatu kembali

Ya Allah, kau makbulkan doa aku, aminnnn...Si Dia mencari ku balik selepas 3 bulan...hati ni teramat la gembira, tapi kali ni ayin lebih berhati-hati, jadi tak nak pisang berbuah 2 kali...Berhubungan secara slow and steady ye, tak nak terburu-buru, tak nak keterlaluan dalam segala hal.. Insyaallah, ini adalah kali terakhir peluang...kalo jadi lagi, tak nak fikir dah, ( cewah pandaila kau ermadah, huh, nanti sapa jugak yang frust menonggeng. hehe) 

apa-apa pun, semoga berjaya dalam hubungan kali ini Miss Ayin, ( huhu, bagi semangat dekat diri sendiri pun jadi la, go go chaiyok) 


Saturday, June 29, 2013

Samsung Galaxy Tab Tak Boleh On!!!

hye semua..korang semua sihat tak??? harap-harap semua sihat la hendaknya la ye..

ok, ayin tak sabar-sabar nak bagitau ni..huhu... sebenarnya tadi ayin baru melalui saat-saat cemas..( hehe, ayat je suspen) fuhhh peluh menitik-nitik bila samsung galaxy tab miss ayin tak boleh bukak..(kui kui, itu je yang sebenarnya) eh yela, dah la semua nombor-nombor telefon supplier tudung dengan bermacam-macam lagi dalam tab ayin... meman gelabah teramat sangat dah time tu, dalam kepala dok fikir nak hantar pegi Samsung Centre je, tapi sempat jugak ayin encik GOOGLE, huhu...nasib baik la jumpa satu blog ni yang gitau cara nak on balik tab tersebut...fuhhh selamat duit ayin ni haa...

caranya mudah sangat, pasang wayer charger, tekan button on n pada masa yg sama touch screen dlm masa 30 saat. YAHOOooo, huhu nak boleh on...alhamdulillah..rupanya dah banyak pengguna tablet, tab yang jadi macam ni...thanx..:)

A lot of thanx to blog kidzhouse sebab bagitau cara yang terbaik + mudah...yeahhh....