Saturday, November 2, 2013

21 Years Old

Alhamdulillah, 2 november 2013 genap la umur Miss Ayin 21 tahun. Terima kasih yang tak terhingga kepada family, kawan-kawan sebab masih ingat hari jadi Ayin.

Kali ini, tiada sambutan yang meriah, tapi tak mengapa, Miss Ayin redha sahaja sebab Ayin dah jangkakan semua ini, huhu dah besar takde sape nak bagi hadiah lagi haa...huhu apa pun thank you kepada family tercinta, sebab sebolehnya cuba membuatkan Ayin happy disaat ini.

My wishes always the same every year, I hope my family will always happy, cheerful and healthy. Terima kasih Ya Allah, masih memberi kesempatan untuk Ayin bernyawa ketika ini. Amin...


p/s : nak Kamera Poweshot SX500 IS boleh tak, murah je, hehe??

Friday, October 11, 2013

Chrissy Costanza

Malam ni, bosannye Ayin rasa!!!erghhhh, tak taw la pulak nak buat apa, aduyaiiii....
Buka la youtube,saja nak dengar lagu "Heart Attack"...Lagu favourite ye....Tapi ayin tak minat pulak penyanyi asalnya...Ayin minat penyanyi yang buat cover song untuk lagu ni, iaitu Sam Tsui dan Chrissy Costanza...Perghhh memang ulang banyak kali pun tak jemu, suara diorang memang power sangat bila nyanyi lagu ni tambah-tambah Chrissy Costanza. Ayin suka dengar suara dia taw..




Chrissy Costanza   

Comel kan dia ni, ish Ayin yang perempuan ni pun minat kat dia, suara dah la best, muda-muda dah berbakat besar, pastu cantik + comel pulak tu... Kalau lelaki yang tengok, sure terbeliak biji mata ni, huhu...Hmmm, best kan mempunyai pakej yang lengkap, seronok je rasa kalau kita ni ada pakej yang lengkap kan? Apa pun jom kita layan trivia mengenai Chrissy Costanza ni dan juga cover song yang Ayin kata best sangat-sangat tu...hehe...:D


Name: Christina Nicola Costanza
Goes By: Chrissy
Nicknames: Krispy, Stina, Tiny
Age: 17
Band: Against the Current
Favorite color: red (but I also like purple and blue and pink!)
Relationship status: lol. (Single )
Orientation: Straight
Birthday: August 23
Height: 5 foot 1 inch (1,55 Meter)

Monday, October 7, 2013

Nikon Coolpix L320



Waaa, terpaut pulak tengok kamera ni, wiwiwiwiwi....Korang semua maklum, jenama nikon memang terkenal dengan ketajaman gambarannya, walaupun kamera ini tak semegah kamera dslr yang lain kerana terdapat kelemahannya tersendiri dari segi bateri dan juga beberapa faktor yang lain tetapi rasanya berbaloi bagi pengemar kamera sebabnya harga yang ditawarkan teramat la murah. Cewahhhh, huhu.

Sebenarnya Ayin memang berniat nak beli tapi........
Kena tunggu gaji dulu la, hehe....
Apa-apa pun, jom kita layankan dulu gambar dan spesifikasi kamera ni....


P/S : Korang rasa ok tak kamera ni?? 


Nikon CoolPix L320 Digital Camera 
 Product Highlights
  • 16 Megapixel CCD sensor
  • 26x Optical Zoom
  • 3 inch LCD Display
  • 720p HD video recording
  • EXPEED C2 processor
  • Anti-blur technology
  • High performance lens shift VR
  • Easy auto mode with Scene auto selector
  • Smart portrait system
  • Pet portrait mode 

What is in the box

  • Nikon CoolPix L320
  • AA-size Alkaline Batteries
  • Lens Cap
  • Strap
  • USB Cable
  • CD-ROM
  • User Manual

Monday, September 30, 2013

Kerja Kerja dan Kerja

Fuhhhhh.........akhirnya setelah sekian lama, boleh juga rehat untuk sementara waktu,...penattttt rupanya kerja. erghhhhh!!! Bekerja di Skynet walaupun lihat daripada luaran best tetapi sebagai staf di bahagian Customer Service korang sebenarnya perlu menjadi seorang yang cekal, tahan caci dan makian kalau nak bertahan lama kerja jat situ. Bagi Ayin, ayin tak boleh komen banyak-banyak sangat sebab Ayin pun baru sebulan bekerja kat situ. Yup, tak dinafikan gaji memang terbaikkk tapi kalo dibandingkan dengan kerja sehariannya memang teramat la nak menangis...huhu sabar je la yang Ayin boleh katakan. 

Ok, mesti korang nak tahu kan macam mana Ayin boleh dapat kerja kat situ..huhu sebenarnya semua adalah kebetulan dan rezeki. Masa pergi isi borang lepas tengok banner jawatan kosong yang diorang gantung terus ayin pergi isi borang. Kebetulan yang jaga bahagian kaunter rupanya orang HQ dari Kuala Lumpur turun Sungai Petani sebab branch sini tak cukup orang, terus tanpa prepare apa-apa ayin di interview oleh orang HQ. ALhamdulillah, terus HQ rekomenkan kepada bos dan akhirnya terus ayin dapat, padahal ayin dengar cerita terlalu banyak orang yang isi borang untuk jawatan ni sampai dah berbulan pun belum dipanggil interview. Huhu, ayin dengan sekali interview dengan orang HQ terus dapat dalam masa 2 hari.Aminn...

Sebenarnya, Ayin ada niat nak berhenti, tapi tunggu la dulu...huhu kalau dapat kerja dengan kerajaan mmg Ayin akan berhenti, tapi kalau tak dapat, Ayin akan terus kerja kat sini sampai Ayin dapat sambung ijazah awal tahun hadapan.

So sekarang, AYin kena tawakal banyak-banyak dan sabar melayan kerenah customer. Doakan Ayin ye kawan-kawan.

Monday, August 26, 2013

muak dengan penipuan

Adakah aku sememangnya tak layan diberi kebahagiaan di dunia ni? Kenapa aku sering di perkotak-katikkan. Adakah aku terlalu lurus, sampai semua orang hanya nak mempermainkan diri aku ni? Wahai awak, saya betul-betul muak dengan segala tipu muslihat awak. Selepas ditinggalkan. Aku cuba untuk bangun kembali, bukan mudah nak hilangkan perasaan ni, 2 tahun kita menyemai perasaan oppsss bukan 'kita' tapi aku sorang sahaja. Aku yang cuba mempertahankan semuanya. Lebih bagus berterus terang sahaja daripada dulu, kau mempunyai orang lain, aku tak perlu korbankan diri aku ni, hati aku untuk menahan segala yang diluahkan oleh kau. Sekarang, aku dah tahu segalanya, kau tak pernah meletakkan diriku di carta teratas dalam hati kau, hanya aku yang bodoh dan baru sedarinya. Aku betul-betul hilang semangat kembali. Sebelum ni, aku percaya 110% pada kau, aku tak sangka kau buat sampai mamcam ni kepada aku. Apa salah akau? Tergamak kau!!! Bila kau minta peluang kedua, aku terima dengan hati terbuka, tapi rupa-rupanya aku hanya alat untuk hilangkan kebosanan kau, DI BELAKANGKU, RUPANYA KAU DAH ADA AWEK YANG CUKUP SERBA SERBI, KENAPA STILL CARI AKU. KENAPA KAU TAK SURUH AWEK KAU BUAT MACAM AKU BUAT!!! TAKUT??? Entah la, apa salah aku selama ini. Aku cuba penuhi segalanya, tpi ini yang aku dapat. Subhanallah beratnya ujian aku ni.

Tuesday, July 2, 2013

Bersatu kembali

Ya Allah, kau makbulkan doa aku, aminnnn...Si Dia mencari ku balik selepas 3 bulan...hati ni teramat la gembira, tapi kali ni ayin lebih berhati-hati, jadi tak nak pisang berbuah 2 kali...Berhubungan secara slow and steady ye, tak nak terburu-buru, tak nak keterlaluan dalam segala hal.. Insyaallah, ini adalah kali terakhir peluang...kalo jadi lagi, tak nak fikir dah, ( cewah pandaila kau ermadah, huh, nanti sapa jugak yang frust menonggeng. hehe) 

apa-apa pun, semoga berjaya dalam hubungan kali ini Miss Ayin, ( huhu, bagi semangat dekat diri sendiri pun jadi la, go go chaiyok) 


Saturday, June 29, 2013

Samsung Galaxy Tab Tak Boleh On!!!

hye semua..korang semua sihat tak??? harap-harap semua sihat la hendaknya la ye..

ok, ayin tak sabar-sabar nak bagitau ni..huhu... sebenarnya tadi ayin baru melalui saat-saat cemas..( hehe, ayat je suspen) fuhhh peluh menitik-nitik bila samsung galaxy tab miss ayin tak boleh bukak..(kui kui, itu je yang sebenarnya) eh yela, dah la semua nombor-nombor telefon supplier tudung dengan bermacam-macam lagi dalam tab ayin... meman gelabah teramat sangat dah time tu, dalam kepala dok fikir nak hantar pegi Samsung Centre je, tapi sempat jugak ayin encik GOOGLE, huhu...nasib baik la jumpa satu blog ni yang gitau cara nak on balik tab tersebut...fuhhh selamat duit ayin ni haa...

caranya mudah sangat, pasang wayer charger, tekan button on n pada masa yg sama touch screen dlm masa 30 saat. YAHOOooo, huhu nak boleh on...alhamdulillah..rupanya dah banyak pengguna tablet, tab yang jadi macam ni...thanx..:)

A lot of thanx to blog kidzhouse sebab bagitau cara yang terbaik + mudah...yeahhh....


Tuesday, June 18, 2013

Masih Rindu

hye guyz...eh2...assalamualaikum semua...huhu...jawab jgn x jawab ye...

fuh, fuh, fuh, gara-gara laptop rosak..blog miss ayin ni dah berhabuk sikit..nasib baik sikit ja..hehe.
Ayin dah mula bosan ni duduk di rumah, kerja tak ada..asyik makan tidur, makan tidur ja..macam mana nak kurus ni, haiyaaa...
oh ya, btw..korang taw x, kemarin sapa kol ayin...jeng2..haha...My Ex..(ceh, xdala saspen mana pun, huhu mesti korang kata cam ni kn?lalala x kesah)..Mula-mula tgk handphone ayin ada miskol, rupa-rupanya panggilan dari si dia..rasa happy pun ada, fuh gila sebentar( hey, ayin...he is your ex ok!!!) hmmm...ingatkan dia nak ape...(kot-kot la nak sambung balik, ececeh..mimpi la kau ayin) tapi sebenarnya dia nak gitau, benda yang ayin mintak hari tu, ayin dah boleh dapat dah...itu saja yang sebenarnya...hmmm...kenapa la ayin masih tak dapat lupakan awak sepenuhnya...Ya Allah, andai dia bukan milikku, hilangkanlah perasaanku terhadapnya, amin...






 

oklah, itu je nak cerita kali ni, tak ada story mory lagi, next time k....opppss lupa pulak, my frenz Syakinah..hope u happy there...(dh sambung belajar balik kawan aku sorang ni, aku akan menyusul, insyaallah..) nanti kau balik, kita lepak-lepak macam selalu k, study elok-elok kat sana.

p/s : how do i look? ce komen sikit..:) hehe

Wednesday, June 5, 2013

CAMERON HIGHLAND

 Assalamualaikum


Hari ni disebabkan kebosanan terlampau, ayin nak kongsikan pengalaman ayin semasa berada di Cameron Highland. Ayin sendiri x pasti berapa kali Ayin dah pergi Cameron Highland sebabnya memang ayin selalu pergi tambah-tambah time belajar di Ipoh, memang ada waktu kelapangan je, itula tempat bercuti...huhu...jarak perjalanan dari Ipoh ke Cameron Highlang pun lebih kurang 1jam sahaja. Ayin pula memang seorang yang jenis sukakan udara yang nyaman dan pemandangan yang cantik...huhu nak pergi luar negara, xda peluang lagi jadi, Cameron highland  adalah tempat yang Ayin boleh pergi. ( cewahh, ayat...kih3)

 Lagipun, seperti yang korang semua tahu, Cameron Highland adalah salah satu tempat yang bersuhu rendah dan sejuk selain tempat ini sesuai dijadikan tempat pelancongan untuk family dan pasangan kekasih. Almaklumlah kebanyakan Negeri di Malaysia memang teramat panas, so kat sini sambil korang melancong, korang boleh merasa nyaman dan cukup selesa untuk menghabiskan masa.
Tak payah ayin cakap banyak-banyak lagi, jom kita terjah tempat-tempat yang menarik yang ada di Cameron Highland.

LADANG TEH BHARAT


    
                                                                                                         

LADANG STRAWBERI RAJU HILL ( area kea farm dan hotel equotrial)



PASAR MALAM BERINCHANG ( hari biasa sabtu, setiap hari kalau cuti sekolah)




KEA FARM



TAMAN LEBAH( Honey Bee Farm)


lebah besar honey bee farm Aktiviti Best Jelajah Cameron Highlands

BUTTERFLY FARM



CACTUS VALLEY

 




dan ada banyak lagi...tapi yang selalu ayin pegi, haaa kat sini la..oppss, haaa ada satu lagi ladang teh iaitu LADANG TEH BOH tapi ayin jarang sangat pergi sebabnya......tinggi sangat, jalan pun aduhaiii
 teramat-amat mencabar, huhu...dan cuaca kat ladang teh ni la yang paling sejuk...

ini la LADANG TEH BOH yang ayin cakapkan tu...





sekarang dah habis belajar, susah la sikit nak pergi Cameron Highland ni, huhu....takpe-takpe, akan ayin jejaki lagi time ada masa panjang nanti... :D

Wednesday, May 29, 2013

Officially graduate diploma

 Assalamualaikum



 Terima kasih kerana sudi membaca blog ayin yang tak seberapa.hari ni ayin nak kongsikan result ayin yang x seberapa ni..huhu...alhamdulillah, akhirnya ayin dah tamat diploma selama 3 tahun dengan LULUS...yeay....i'm officially diploma graduate...alhamdulillah sekali lagi...x boleh bayangkan kalo ingat balik first2 masa politeknik dulu, semua ada...takut xda kawan la, takut x boleh study la, takut result teruk la tapi akhirnya semua tu berjaya diatasi walaupun banyak rintangannya...tambah-tambah dugaan yang melanda ayin time final exam tahun akhir ni...ya, mmg x diakui result ayin menurun sangat berbanding 5 semester sebelum ni, dan memang diakui jugak sebenarnya berkait rapat dengan masalah hati dan perasaan..tapi ayin tak boleh mengalah dan sepatutnya bersyukur dapat result ni...walaupun xdapat dekan...alhamdulillah...segalanya dah selesai..yeay, tahun hadapan konvo..huhu x sabar nak jumpa kawan n geng sekepala..

Fokus seterusnya, insyaallah akan sambung ke peringkat ijazah sekiranya berpeluang tetapi sebelum tunggu peluang tu datang, jom cari kerja...Ya Allah, permudahkan la hambamu ini mendapat pekerjaan yang sesuai..amin...
sambil-sambil mencari kerja, perniagaan tudung alhamdulillah semakin maju...insyaallah, x akan berputus asa membuat perniagaan ini..


Last Day di Ipoh,
abaikan muka yang gelap gara-gara mandi-manda tak ingat dunia di Pulau Pangkor



Monday, May 13, 2013

Percutian Ke Pulau Pangkor

hye semua... :)

wahhh...alhamdulillah, tamat sudah pengajian ayin selama 3 tahun di politeknik, lega rasanya dapat tamatkan diploma...huhu, result belum dapat lagi, maybe hujung bulan ni dapat lah, argghh nervous la pulak, sebab result akhir ni la penentu hidup ayin..moga-moga semuanya berjalan lancar dan ayin mendapat keputusan yang boleh membanggakan mak dan abah, aminn...

By the way, habis je final exam, ayin terus pegi bercuti ke Pulau Pangkor.... yeayyy perjalanan yang menyeronokkan bersama member-member rapat, huhu rindu kat korang seyh, pasni dah susah nk jumpa...sedih...:'(

Ok, for now, jom layan gambar ayin dan member-mmber time kat sana...




tamat la sudah percutian selama 3 hari 2 malam, puas snorkling, puas bermain, puas mandi laut, puas mandi kolam, huhu...now its time to move forward...yeayyyy jom cari kerja...



Thursday, April 25, 2013

Kuruskan Badan

yeahhh...2 more final paper...fuhhh minggu depan paper yang paling killer...must do it very smoothly...huhu doakan kita ea..ok2 sambil2 kita study jom layan dengar tips yang ayin ngah praktikkan sekarang ni...huhu

tips untuk kuruskan badan..
jeng jeng jeng!!!

 ayin sekarang tengah mencuba menurunkan berat badan dengan ini..


Teh Herba Orang Kampung

ayin pakai teh herba orang kampung ni jenis yang original punya..ayin x ambil pun yang perasa limau 2..huhu ayin rasa yang ni lagi pekat & pahit..jom...sertai ayin utk menguruskan badan ni.
dan jangan lupa, doakan ayin untuk kuruskan badan taw..bubye..:D

Monday, April 22, 2013

Fever Final Exam

esok bermula la medan peperangan untuk menjawab exam...fuhhhh tenangkan hati tenangkan jiwa...jawab dengan hati yang tenang...terima kasih kepada sesiapa yangtelah bagi dorongan dan nasihat..kepada yang ayin telah menggangu, ayin minta maaf..ayin x bermaksud, cuma ingin berkongsi dengan kawan2 mcm mana perasaan sebelum menjawab exam yg penting ni sebab ini kan dah last semester...xpe..ayin x kisah...ayin salah gak right, x patut ganggu...sori ea...ok, now on...no more gangguan yang ayin akan lakukan..jangan risau..huhu yeahh babe let move on..semoga semuanya ok utk 4 final paper ni..you can do it..



Thursday, April 18, 2013

My new Look

dalam masa 2 minggu dah turun 4 kilo..erghhh semua disebabkan stress and banyak sangat asignment yang terpaksa dilakukan last-last minute...anyway, this is me!!! akhirnya turun gak berat walaupun sebelum ni bnyak kali cuba...tgk2 sekarang dh semakin turun..so...my first step dah semakin berjaya, iaitu better look..:)

watch out k...saya akan cuba berusaha lagi menjadi yang lebih baik..

LATEST
dengan muka yang tanpa mekap,
huhu gelap sikit
sebab busy dengan macam2 hal.
OLD
dinner jabatan perdagangan
tema ' back to school'
saya dengan baju PBSM








Wednesday, April 10, 2013

First Step : Better Look

aku akan sentiasa menunggu mu...
menunggu waktu bersamamu, ketawa bersamamu, berkongsi masalah denganmu
insyaallah...

walaupun, tiada lagi perasaan untukku...aku sedang berusaha untuk menerimanya walaupun agak susah...

aku akan mencuba untuk berubah..

For the first step : 
mencantikkan diri x kira luaran atau dalaman..so, starting from 10/4/2013.. it the time to Miss Ayin change to better look, better personality for my self..
Personality akan terbentuk dengan sendirinya sekiranya kita mempunyai rupa paras yang mampu meyakinkan diri kita sendiri..:)

You can do it, Miss Ayin!!!


Tuesday, April 9, 2013

Dinner For Final Sem 'Back to School'

Assalamualaikum...:)

hye semua, sihat tak??
xtaw nak watpe...asignment banyak, test, quiz...arghhh banyak2...tapi ayin nk relax2 dulu..
dulu, kalo banyak kerja je, mula la ayin nak moody..sekarang...ayin mencuba...ayin ambek inisiatif..dengar lagu or relax2 sambil bloging kejab sebelum sambung wat kerja..huhu...yeayyy dah lega cikit..

TAdi, sambil dengar-dengar lagu..sempat tgk koleksi dinner jabatan ayin kat politeknik...
tema ' back to school'

ha....dalam gambar ni, of course la byk gambar ayin..ni pun dh byk ayin tukar..hehe ada lagi...tapi dh malas nk upload..(itu, alasan yang pertama sebenarnya..)






yeay...saya merawat orang sakit...jika sakit, boleh la mencari ayin ye..:)

Sunday, April 7, 2013

Dulu & Masa Hadapan

Farahin Musa, u can do it.....hati harus sentiasa tenang..jangan sesekali termakan hasutan syaitan...walaupun akal inginkan benda lain, hati harus sabar menghadapinya...
jangan sesekali melakukan sesuatu di luar jangkaan..ingat, itu semua hasutan syaitan..

Aku mahu berubah... berubah ke arah lebih baik...kepada mu orang yang disayangi....aku akan sentiasa menjadi seperti mana yang kamu minta..hapuskan segala sifat-sifat yang boleh mendatangkan keburukan kepadamu..

Ya Allah, tenangkan la hati aku..

sahabat...thanx ambil berat..:)

dinner semester 6






Break Up

im really love u....really really love u...it hard to me....after so much hard work, after so much difficult we go through together...now simply u want to break up..it not easily for me...
perasaan x tenteram skrg, takut sangat akan buat something di luar jangkaan.
Ya Allah, lindungi la hamba mu ini...

Farahin, u can do it!!


Sunday, March 31, 2013

GO ON

I must go on in my life, but why i still there!!!
i just want to make my dream come true, but it really hard, if no one will support me 
I just want to be happy beside my family, my frenz and my love, that all...
I will do anything, everything

Friday, March 29, 2013

Ipoh - Taiping - Bagan Serai - Ipoh

waaahhhh...tgk tajuk pun taw kan entry kali ni berkisar tentang apa???
weheeee jalan-jalan lagi...

sem ni byk gila aq kuar pegi jalan-jalan, ceh mentang2 dah last sem, asyik x lekat je kat umah sewa.aiyaaa 2 yg sampai ongkos pun dah kureng..2 pun berangan lagi, habis sem, nak pegi melancong lagi ngan member-member lagi..aagghhh x kira, nak gak pi melancong..oppsss yg 2 tggu next entry pas ayin dah selamat pegi melancong k..:)

15/3/2013
bermula la perjalanan kami 4 sekawan ke taiping...rancangan yang agak mengejut sebabnya rancangan asal nak pegi esok (16/3/2013), tapi nak wat camne, change plan di saat akhir so dalam masa 1 jam lebih sampai la kami ke Taiping dengan menaiki 2 buah kereta..:)
aktiviti kami malam tu, jeng3 night safari...disebabkan dah lewat....mmg tempat 2 je la yg bukak..so sempat la menjelajah night safari...but jalan kaki!!!! aaaaaaa penat woo..

16/3/2013
yeay..hari yang dinantikan...berjumpa dengan Mr. F....yessss...but a lot of trouble...banyak kali jugak bergaduh...dari pagi sampai ke petang bergaduhnya..alhamdulillah...ptg 2, jumpa gak dengan si dia...aminnn bersyukur sangat..rindu seyhh...(lepas ni lagi rindu, huhu) malamnya, ayin ngan Mr. F shopping barang2 Mr. F untuk ke Sarawak...and after that, yeay,,,,WAYANG..huhu Warm Bodies.. not bad la....hehe boring sikit sebenarnya...habis tgk wayang, ape lagi...kenyangkan perut yg dah berbunyi ni...huhu...Mr. F bawak perkena nasi kandar tgh2 malam 2..huhu ayin??makan je...

17/3/2013
aktiviti pagi...jalan2 area taiping...hari ni x best sangat...sebabnye...letih hari sebelum ni, x hilang lagi...but ayin gagahkan jugak..ayuhhh pegi kedai buku POPULAR...cadangan asal nak beli Lawak Kampus dgn novel Suamiku Ustaz...tapi cashier kat situ buat spoil plak...baucer ayin x boleh guna...aggghhhh mmg panas hati time 2, mmg x guna akal dah..terus koyakkan baucer yg hanya tggl sekeping 2...Mr. F dah tgk lain dah...nak wat cm ne awak..saya mmg ngah geram sgt2 time 2...huawaaaaa nk nangis pun ada..(padahal mmg dah kuar air mata)
utk sejukkan hati, Mr. F bawak ayin pg makan...huhu lega dah..agghhhh kenyang...walaupun x berapa nak sedap...kesian Mr. F x kenyang je tgk dia...huhu
aaaaa...hari yg x best hari ni...huhu...sbbnya...ptg ni nk kena blik ipoh dah...last jumpa dgn MR. F....ala cam ne ni...pasni dia dh kena pg Serawak...x sanggup....tapi...nk wat cm ne kan...tugas dia sebagai guru...kena la penuhi...awak...walaupun awak rasa saya x suka (mmg x suka) pegi sana...tapi saya rela...sebab itu tanggungjawab awak kan...jangan noty2 kat sana taw...saya tggu awak walaupun berapa lama..ingat taw..:)

i Love u Mr. Fahmi

Tuesday, March 26, 2013

MErajuk

Sepatutnya siapa yg lebih kuat merajuk..

LELAKI OR PEREMPUAN???

Bagi pendapat ayin...OF COURSE la perempuan kan...tapi kenapa ayin ngan si dia xpun macam tu...mmg la nampak sangat ayin ni suka and sentiasa merajuk...tapi kalo ayin gitau je, sebab dan penyebab ayin merajuk..dia pulak yang terasa...pastu mula la jadi mood yang x menyenangkan antara satu sama lain...ayin ke yang perlu sentiasa beralah...yang perlu tunjuk kuat sentiasa, yang x perlu tunjukkan ayin ni sentiasa cengeng..

entah la...ayin pun xtau...hmmm mungkin salah ayin sendiri...xpela..ayin faham...biarlah ayin buat kesimpulan sendiri...iaitu....ayin TAK BOLEH cengeng or merajuk!!!!! sebab tak ada makna pun..k la...bubye

Thursday, March 21, 2013

The Seeds feat Maria - Kau Tetap Milikku


Teringin sangat nak dengar dia nyanyi lagi macam dulu-dulu...hmmm...dulu rajin je nyanyi, walaupun ayin x suruh, walau nyanyi sikit sekalipun...rasa touching sangat sebab ada orang sanggup nyanyikan kat ayin, tapi sekarang sampaikan ayin minta berkali-kali pun ada je alasan dia..orang just nak dengar suara dia..xpela...pasni, xmao mintak apa-apa dah, xnak susah-susahkan dia lagi kalo dia x suka buat benda macam 2..jom la layan lagu sorang-sorang pun best.

Wednesday, February 6, 2013

Cameron Highland


hye CAMERON HIGHLAND....
here we come.

cerita sepatutnya di keudarakan pada 1 bulan yg lepas...huhu tapi disebabkan ayin kekangan masa (kekangan masa la sangat), jadi terpaksa ayin postpone dulu..yeay sekarang dah ada masa, so jom dengar miss ayin bercerita..hehe

First time ayin drive kereta jauh-jauh(jauh la sangat,hehe)...dah la pegi dengan encik kuro je..huhu nak bercuti berdua-duan la kononnya..huhu gedik sat noh.

ok, ni second time ayin pegi dengan dia taw..

yeay, kali ni dapat duduk hotel yang best gak la..daripada 5 bintang, ayin boleh bagi 4 bintang sebab so far mmg layanan dia pun ok, servis yang diorang bg pun selesa..:)

ni la hotel dia
The Cool Point Hotel

  

sampai je Cameron Highland, kami rehat-rehat dulu, pastu yeahhh ayuh berjalan-jalan..:)
Banyak tempat-tempat yg ayin dan en.kuro dah pegi masa first time kami datang dulu...so, kali ni just pegi cuci-cuci mata je la..

Haaa, kami sempat pegi Bee Farm kali ni...huhu pastu sempat plak main game lorong sesat yg diorang buat kat tempat 2..haha apala..dah cam kanak-kanak ribena je ayin time 2, ne x nya, semakin dalam kita masuk, semakin gelap..apa lagi..x kira orang ke hapa..ayin jerit ja..kih3 yg pnting x kena tinggal sorang2..apa-apa pun,  dpt gak kami keluar dari lorong sesat 2 dgn pantas, yeayyy dpt key chain lagi taw..hehe

but....

yg x bestnye, en.kuro ni,hmmm dh mcm mak-mak pulak...dok beli sayur-sayur(alasannya,mak suruh beli ni)zzzz... kata nak melancong, apa barang beli sayur bagai..ayin punya la excited nak pegi berjalan-jalan, bkn nk pegi beli sayur dah macam suami isteri tua je( nasib baik muka x nampak tua,huhu)..hmmm sakit hati ni pendam je la sbb si dia belikan bunga kat kita..huh, selamat pandai pujuk k.. 


p/s : gara-gara laptop rosak, x dpt la nak kongsi gambar byk2 sebabnya semua gambar ada dalam laptop ayin yg rosak 2..anyway, kami enjoy, n of course nak pegi lagi..yeayy..